Home » , , » Tasha Shilla Terkena Sihir, Meracau Di Set Penggambaran

Tasha Shilla Terkena Sihir, Meracau Di Set Penggambaran

Tasha Shilla Terkena Sihir, Meracau Di Set Penggambaran


Pada awal pagi Rabu, Astro Gempak telah mendapat berita mengenai pelakon Tasha Shilla yang dikatakan terkena sihir. 

Gara-gara sihir yang ditujukan kepadanya itu, Tasha dikatakan telah meracau di set penggambaran. 

Menurut sumber yang merupakan salah seorang krew, penggambaran melibatkan Tasha terpaksa ditangguhkan. 

"Kami terpaksa menangguhkan 'scene' Tasha kerana keadaan dia tidak mengizinkan. 

"Melihatkan dia meracau begitu, kami hairan juga kerana ini pertama kali ia berlaku kepada Tasha," katanya kepada Astro Gempak menerusi aplikasi Whatsapp. 

Bagaimanapun sumber tersebut sempat memberitahu mengenai desas-desus mengatakan Tasha sakit terkena buatan orang. 

"Sebab itu dia semakin kurus sekarang, dengarnya terkena 'tuju-tuju'...Tapi wallahualam...hanya tuan punya diri tahu mengenai itu," ujar sumber. 

Kami mendoakan agar Tasha Shila cepat sembuh supaya dapat meneruskan penggambaran dan bekerja seperti sedia kala.

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)