Home » , » Gary Restu Hubungan Song Ji Hyo Dengan Kekasih Baru

Gary Restu Hubungan Song Ji Hyo Dengan Kekasih Baru

Kang Gary Restu Hubungan Song Ji Hyo Dengan Kekasih Baru,Ini Kata Ji Hyo


Pelakon dan ahli Running Man, Song Ji Hyo dalam satu temubual bersama media baru-baru ini mendedahkan Kang Gary yang juga merupakan pasangan Isninnya merestui hubungannya bersama kekasih baru.

Namun kepada semua peminat Running Man jangan cepat melatah kerana kekasih yang dimaksudkan ialah aktor Byun Yo Han yang merupakan kekasihnya untuk drama terbaru berjudul ‘Ex-Girlfriend Club’.

Menurut Ji Hyo, oleh kerana masa dia bertemu Yo Han lebih banyak berbanding Gary menyebabkan dia terasa seolah-olah telah ‘berpisah’ bersama pasangan Isninya itu.

“Sejujurnya, kini saya lebih banyak menghabiskan masa bersama Byun Yo Han dari Gary kecuali pada hari Isnin dan Selasa.

“Perkara itu menyebabkan saya rasa seakan-akan Gary seperti bekas kekasih saya manakala Byun Yo Han pula adalah kekasih yang baru kerana kami kerap bertemu,” katanya ketawa.
Bagaimanapun Ji Hyo tidak menafikan bahawa Gary merupakan seorang sahabat yang baik dan sering memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Gary seorang yang baik dan dia sering memberikan kata-kata semangat kepada saya dan saya berterima kasih kepadanya.

“Malah Gary juga mengusik saya dengan memberikan komen mengatakan saya dan Yo Han nampak serasi dan dia merestui hubungan kami.” ujarnya tersenyum.

Jadi kepada peminat ‘Monday Couple’, jangan lupa untuk menyaksikan Running Man yang bersiaran setiap Ahad, jam 8.35 malam di One HD (saluran 393)

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)