Home » , » GEMPAR!! Pesawat MH179 Berpatah Balik ke KLIA Selepas 2 jam keliling Selat Melaka Semalam

GEMPAR!! Pesawat MH179 Berpatah Balik ke KLIA Selepas 2 jam keliling Selat Melaka Semalam

GEMPAR!! Pesawat MH179 Berpatah Balik ke KLIA Selepas 2 jam keliling Selat Melaka Semalam


Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH179 penerbangan ke Colombo, Sri Lanka, berpatah balik dan berpusing mengelilingi Selat Melaka selama dua jam.

Menurut web pengesanan pesawat penerbangan, Radar Box, penerbangan MH179 ini telah terbang mengelilingi Selat Melaka dalam bentuk bulatan atau lebih dikenali sebagai corak pegangan berhampiran dengan barat Pulau Ketam pukul 11.30 malam semalam.

Tujuan pesawat tersebut berpusing-pusing selama dua jam adalah untuk mengurangkan berat badan semasa pendaratan dengan menggunakan bahan bakarnya terlebih dahulu.

Pesawat tersebut telah kembali ke KLIA dan berjaya mendarat dengan selamat kira-kira pukul 1.30 pagi semalam. Semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

Di dalam bidang penerbangan, corak pegangan dilakukan untuk mengekalkan lokasi sementara menunggu kebenaran mendaratkan pesawat daripada lapangan terbang yang sibuk.

Ia juga satu kaedah untuk mengurangkan berat pesawat dengan menggunakan kuantiti bahan bakar di dalam badan pesawat sehiungga sesuai beratnya untuk melakukan pendarantan ini kerana pesawat tersebut tidak mempunyai peralatan untuk membuang bahan bakar di udara.

Menurut laman web MAS, MH179 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di 11:27 dan sepatutnya tiba di Colombo pada 12:18 waktu tempatan.

Punca kejadian setakat ini masih belum diketahui. - Siakapkeli

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)