Home » , , » KISAH BENAR!! Kesungguhan Nur Atikah Dalam Pelajaran Di ceritakan Oleh Dr

KISAH BENAR!! Kesungguhan Nur Atikah Dalam Pelajaran Di ceritakan Oleh Dr

KISAH BENAR!! Video Yang amat Menyentuh hati Berdurasi 4minit Tetang Nur Atikah Daripada rakannya & Cerita Oleh Dr Bazli Tentang Beliau


Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita kebakaran asrama di Rusia yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Malaysia di sana. Rentetan daripada perisitiwa itu, Nur Atikah Alias, 25 yang cedera dalam kebakaran di kampus Universiti Kajian Perubatan Kebangsaan Rusia bulan lepas, telah meninggal dunia pada 5 Mei 2015, waktu Malaysia 7.30 petang di Hospital Sklifosovskogo, Moscow, Rusia. Beliau pelajar tahun akhir dan dijangka akan tamat pengajian pada pertengahan tahun ini.
Ramai pengguna media sosial berasa kagum dengannya apabila membaca berita dan menilik laman Facebook miliknya. Sesungguhnya kami turut tertarik dengan personaliti Nur Atikah Alias. Alhamdulillah kami diberi kesempatan menemubual Dr. Bazli Yusoff yang pernah mengendalikan Nur Atikah Alias semasa sesi student attachment di Hospital Kuala Krai, Kelantan.
Pertama kali Nur Atikah Alias berhubung dengan Dr. Bazli Yusoff sewaktu beliau mula-mula membuat attachment di Hospital Kuala Krai. Masa itu beliau pelajar Tahun 4 yang baru nak masuk Tahun 5, telah meminta tolong melalui Whatsapp untuk menghantarkan borang attachment.
Menurut Dr. Bazli Yusoff, Nur Atikah Alias seorang pelajar perubatan yang sememangnya bersungguh-sungguh semasa menjalani sesi student attachmentitu. Terserlah semangat untuk belajar, beliau patuh pada arahan-arahan dari doktor-doktor di Hospital Kuala Krai. Disamping itu beliau seorang yang peramah, penyantun dan selalu senyum. Beliau juga pernah meluangkan masa memasak dan menyediakan makanan untuk staf di hospital. Perwatakannya yang lemah lembut, mudah tersenyum, tidak sombong dan baik hati ini membuatkan staf-staf hospital mudah mesra dengannya.
Terkejut dan berasa sedih dengan berita pemergiaan Nur Atikah, Dr. Bazli menyatakan rakannya, seorang doktor di Kuala Krai merupakan tunang kepada Nur Atikah. Pasangan ini merancang untuk berkahwin dalam jangkamasa 2 hingga 3 bulan lagi.
Dari pemerhatian Dr. Bazli, Nur Atikah memang baik orangnya. Beliau harapan keluarga dan pernah menjaga adiknya yang masuk wad di hospital ini. Beliau juga beri komitment yang tinggi dalam usrah dan program keagamaan di Moscow, Rusia. Bahkan di Malaysia pun beliau ada terlibat dengan program-program keagamaan. Begitulah beliau yang sangat menginginkan kebaikan untuk dunia ini.
Dari segi belajar pula, beliau seorang yang sangat bersungguh-sungguh untuk belajar di mana setiap kali cuti musim panas tiba, beliau akan meluangkan masa untuk belajar di hospital. Beliau sememangnya bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang doktor dan itulah yang menyebabkan beliau tidak putus asa untuk belajar.
Bagi Dr. Bazli, pemergiaan Nur Atikah Alias meninggalkan kesan yang sangat mendalam dan dirasai oleh orang-orang yang pernah mengenali beliau. Manakala, umat Islam kehilangan seorang permata dalam bidang perubatan dan lapangan dakwah.
Terima kasih Dr. Bazli Yusoff kerana sudi berkongsi kisah Nur Atikah Alias yang pastinya menjadi inspirasi kepada masyarakat di Malaysia ini.
Video tribute buat Nur Atikah Alias oleh rakan-rakannya di Rusia:


i thought that ill be making a video of the 6 years journey of me and my classmates from the time we reached Moscow untill we graduate... but i guess it wont happen... as we are now incomplete as a group...Sifu Azri Asyraf Azmi Sherman Jc Awi Wee Harris Iskandar Ismail Rosdiana Idham Halis Blanche Mantabs Nurfarahiyah Mohd Yunus Nor Artikah
Posted by Abdul Aziz Zakaria on Wednesday, 6 May 2015

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)