Gurauan Melampau, Lee Kwang Soo Cetus Kemarahan Ramai Peminat Running Man
Pelakon dan juga ahli Running Man Lee Kwang Soo telah mencetuskan kemarahan peminat running dalam episod 'Running Man vs Bigbang' yang bersiaran baru-baru ini.
Kemarahan tercetus apabila Lee Kwang Soo telah menarik seluar Kim Jong Kook sepenuhnya sehingga menyebabkan dia tidak mampu untuk berdiri dan meneruskan permainan.
Gurauan pelakon itu dianggap melampau dan dituduh telah mengaibkan Kim Jong Kook yang ingin menyelesaikan misi permainan bola keranjang dalam air secara adil.
Malah, bagi mereka aksi itu tidak sesuai untuk ditayangkan di dalam televisyen memandangkan Running Man ditonton oleh semua golongan termasuklah kanak-kanak.
Difahamkan, Running Man episod 250 itu mendapat begitu banyak komen negatif yang meminta supaya Lee Kwang Soo tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap tindakannya itu.
Selain itu, peminat Running Man juga meluahkan rasa kecewa dan tidak menyangka bahawa Lee Kwang Soo sanggup melakukan perbuatan sebegitu semata-mata inginkan kemenangan.
Bagaimanapun ada juga yang tidak bersetuju dengan komen tersebut kerana bagi mereka itu adalah bukti Running Man sememangnya rapat antara satu sama lain dan sudah pasti mereka mendapat kebenaran daripada pihak produksi terlebih dahulu.
Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan: