Nabila Huda Bakal Berkahwin ,Akan Umum Tarikh Bila Sampai Masa
Nabila Huda melalui akhbar Kosmo! baru-baru ini mengakui bahawa dia telah bersedia untuk melangsungkan perkahwinan namun tarikhnya masih belum ditentukan selain tidak mahu percintaan kali ini menjadi sensai sehinga menggugat niat murni mereka berdua.
“Seperti yang dikatakan, kisah peribadi saya biarlah menjadi simpanan sendiri tanpa perlu dihebahkan kepada umum. Namun, setiap perkara yang baik itu akan diberitahu jika telah sampai masanya. Besar harapan, dia menjadi insan terakhir dalam hidup saya”
“Tambahan pada usia sekarang membuatkan saya berasa tidak lagi sesuai untuk memulakan hubungan baharu,” kata Nabila sambil menyatakan bahawa dia merahsiakan dulu bila dia akan kembali memegang status seorang isteri dan menjadikan ia sebagai tanda tanya dalam kalangan peminat.
Tambah Nabila, apa yang penting bagi Nabila adalah lelaki tersebut mampu menerima dirinya dan menyayangi Keisha seperti anak sendiri. (rtky/s)