Rakan Curi 7 Buah Kereta Mewah Mendiang Paul Walker Yang Sangat Mahal
Seorang kenalan bintang Fast & Furious, Paul Walker telah mencuri tujuh buah kereta mewah milik mendiang.
Pihak pengurusan harta peninggalan Paul mengambil tindakan undang-undang terhadap Richard Taylor kerana didakwa mengeluarkan kereta-kereta tersebut dari tempat simpanan secara haram.
Taylor didakwa melakukan perbuatan tersebut kurang dari 24 jam selepas kematian Paul dalam kemalangan.
Paul meninggalkan 30 buah kereta dan antara yang dicuri Taylor ialah model Porshe GT3 RS, BMW M3, Crown Victoria, GMC truck dan tiga lagi.
Tuduhan difailkan di Mahkamah Los Angeles dan peguam memberitahu, Taylor sengaja mencuri dan menyembunyikan lokasi kenderaan tersebut dengan tujuan menjadikan kesemua kereta milik itu peribadi.
“Taylor juga disaman kerana enggan memulangkan kereta yang ‘diambilnya’ kerana bertujuan untuk mendapatkan wang atau pertukaran lain.
“Dia berniat jahat demi kepentingan diri sendiri,” kata peguam yang mewakili keluarga Paul.
Paul Walker meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Santa Clarita California, pada 30 November 2013 apabila kereta jenis Porshe Careera GT yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum meletup.