Video: Cara Satu Keluarga ‘Berjemaah’ Mencuri Di Stesen Minyak
MENGEJUT LAGI MEMALUKAN!
Inilah reaksi pertama kami sejurus melihatkan aksi sekumpulan lelaki dan perempuan yang seakan sebuah keluarga bertindak mencuri barangan runcit di sebuah stesen minyak.
Perbuatan memalukan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada 25 Jun, di stesen minyak Carltex, manjung, Perak.
Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman sosial, kejadian dikatakan didalangi seramai 10 orang kesemuanya.
Menerusi video, ‘keluarga pencuri’ ini menggunakan taktik tipu helah apabila beberapa anggotanya dilihat berurusan di beberapa bahagian lain untuk mengkaburi pekerja stesen minyak sebelum seorang ahli keluarganya yang lain bertindak melarikan barangan yang telah dihimpunya.
Menurut maklumat juga, seorang suspek yang berperwatakan sebagai wanita tua berpura-pura bertanyakan sesuatu kepada penjaga kaunter berkenaan sebelum ‘anak-anaknya’ yang lain mengambil kesempatan membawa lari barangan curi.
Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan suspek bukan sahaja memalukan Agama, bahkan menjatuhkan air muka bangsa sendiri.
“Malunye …. Ape la tanggapan org bukan Islam tgk org Islam perangai lahanat mcm ni ? Semoga dorg yg mencuri jemaah ni dpt hidayah di bulan yg mulia ni ..”, Tulis Zana Nawar.
“Org lain taraweh bejemaah kt masjid..die bjemaah 1 family mcuri plak..dunia akhir zaman..”, tulis Daliela Ramlie
Ternayata di bulan yang penuh keberkatan dan mulia ini pun masih tidak dapat mengekang sifat keji segelintir golongan manusia yang bodoh seperti ini.
Imej ‘keluarga Islam’ dan lagak ‘emak-emak’ seakan dibuat main pula oleh mereka.-MYNEWSHUB.CC