Status fanspage biadap dari perempuan yang dera anak tirinya?
Susulan kes penderaan yang berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun oleh ibu tirinya, gambar-gambar ibu tiri dan gambar kecederaan mangsa tanpa ditapis tersebar di laman sosial.
Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Sheila Khan itu telah dikongsi ramai pengguna Facebook dan mencetuskan kemarahan orang ramai yang berang dengan tindakan ibu tiri mangsa.
Kini, status terbaru wanita itu yang dimuatnaik di akaun facebooknya turut didedahkan kepada. Selain berbaur lucah, status ibu tiri ini juga amat biadap.
Memang sungguh mengejutkan. Korang baca selanjutnya di bawah :-
Pasir Mas: Suami isteri ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia lima tahun.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa, hari ini.
Pasangan itu yang juga bapa dan ibu tiri kanak-kanak berkenaan berusia 39 serta 25 tahun sebelum itu ditahan polis di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001.
Akhbar sebelum ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun patah 13 tulang dan cedera teruk dipercayai didera ketika dalam jagaan ibu tiri di Rantau Panjang, di sini.
Kanak-kanak itu dikenali Yaya dipercayai sudah dicederakan sejak enam bulan lalu, sebelum disedari ibu kandung Sana Abdul Malek, 28, pada Rabu selepas mengambilnya dari jagaan bekas suami dan ibu tiri.