Home » , , » Ayda Jebat Luah Rasa Boleh Gila Jika Tidak Balas Komen Peminat Di Media Sosial

Ayda Jebat Luah Rasa Boleh Gila Jika Tidak Balas Komen Peminat Di Media Sosial

Ayda Jebat Luah Rasa Boleh Gila Jika Tidak Balas Komen Peminat Di Media Sosial


Memang wajar dicontohi sebenarnya sikap mesra peminat yang ditunjukkan oleh Ayda Jebat yang kini sedang kembali popular menerusi drama M.A.I.D lakonan bersama Zul Ariffin. Pelakon ini mengakui resah jika tidak dapat berinteraksi dengan peminat.
Dalam temubual terbaru bersama mStar OnlineAyda Jebat berkata beliau boleh jadi resah dan tidak keruan apabila berada di kawasan yang tidak boleh mengakses internet atau tiada rangkaian telefon lagi lagi apabila bekerja di luar kawasan.
“Saya akan menjadi gila jika kawasan yang saya pergi tiada liputan mengakses internet. Buatkan saya tak senang duduk. Saya akan tertekan dibuatnya lebih-lebih lagi apabila sudah membaca komen-komen peminat, tetapi belum membalas komen mereka lagi,” ujarnya.
Tambah Ayda Jebat, itu adalah salah satu cara beliau menghargai para peminat yang selama ini menyokongnya dan membalas komen yang ditinggalkan sesuatu yang penting untuk beliau lakukan demi menjaga hati peminat.
“Mungkin ada yang menganggap saya tidak baca komen-komen yang diberi di laman sosial media Instagram dan Facebook. Tidak, saya seorang artis yang membaca komen peminat tidak kira ia sesuatu yang baik atau pun buruk”
“Kalau mereka sanggup menghabiskan masa dan wang untuk menyokong kita, apa salahnya jika kita menggembirakan mereka. Bagi saya, hanya itu cara untuk membalas jasa mereka,” ujarnya.

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)