Home » , , » Lee Kwang Soo Dedah Punca sekarang Kim Jong Kook masih Belum Berkahwin

Lee Kwang Soo Dedah Punca sekarang Kim Jong Kook masih Belum Berkahwin

Lee Kwang Soo Dedah Punca sekarang Kim Jong Kook masih Belum Berkahwin


Ahli Running Man (RM) Lee Kwang Soo baru-baru ini mendedahkan punca sebenar mengapa Kim Jong Kook masih belum berkahwin walaupun usianya sudah hampir 40 tahun.

Perkara itu didedahkan oleh Kwang Soo melalui episod terbaru Running Man (episod 253) yang bakal bersiaran di One HD (saluran 393) Ahad ini.

Perkara tersebut terbongkar apabila Kwang Soo bersama salah seorang tetamu jemputan RM, Seo Hyun Jin meluahkan keinginan untuk memenangi misi setrusnya dan berharap agar dapat satu kumpulan bersama Kim Jong Kook.

“Untuk misi Running Man ini saya memang mahu menang dan kalahkan anggota yang lain.

“Jadi saya rasa saya perlu berada dalam satu kumpulan dengan Kim Jong Kook untuk merialisasikan keinginan saya.” katanya.

Kwang Soo yang berasa tercabar dengan permintaan Hyun Jin itu kemudiannya bertindak mendedahkan sikap buruk Kim Jong Kook.

“Kalau satu kumpulan bersama dengan Kim Jong Kook pasti kamu akan berasa penat sepanjang hari mendengar bebelan yang keluar dari mulutnya.

“Walaupun buat masa sekarang Jong Kook memilih untuk tidak berkahwin dan mahu fokus kepada kerjaya tetapi secara logiknya kenapa dia belum kakwin?

“Sudah pasti kerana sikapnya yang suka membebel tanpa henti tu. Baiklah sampai sini sahaja pendedahan saya.” katanya bergurau.

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)