CERITA PENUH!! Tangan Budak 3 Tahun Hancur ‘Dimakan’ Eskalator Di Pulau Pinang
NGERI… seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan hancur tangan kanan akibat tersepit pada eskalator sebuah pusat beli-belah di George Town, Pulau Pinang, semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Ng Wei Kang bersama keluarga dikatakan sedang membeli-belah di pasar raya berkenaan.
Difahamkan, kanak-kanak malang itu terpaksa menanggung kesakitan hampir 30 minit sebelum tangannya yang tersepit pada eskalator berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat yang tiba.
Menurut bapa mangsa, Ng Juen Shen, 34, semasa kejadian anaknya itu berada di tepi tangga sambil memegang bahagian pemegang tepi eskalator berkenaan sebelum dia terkejut mendengar satu bunyi letupan.
“Dia duduk, baru masuk tangan di dalam. Emak dia tarik tangan dia. Lepas itu dia duduk, tangan dia letak tepi tangga dan sangkut di dalam.
“Tangan dia hancur; lima jari semua hancur,” kata Juen Shen.
Sementara itu, pasukan perubatan yang merawat mangsa mengesahkan tangan kanan Wei Kang cedera parah hingga ke bahagian pergelangan dan berkemungkinan akan dipotong.
Setakat ini, mangsa berada dalam keadaan stabil namun masih tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: Astro Awani