Home » , , » GEMPAR!! Pesawat Arab Saudi Sah Ditembak Jatuh Oleh Yaman

GEMPAR!! Pesawat Arab Saudi Sah Ditembak Jatuh Oleh Yaman

GEMPAR!! Pesawat Arab Saudi Sah Ditembak Jatuh Oleh Yaman


SANAA - YAMAN : Angkatan pertahanan udara Yaman dilapor menembak jatuh sebuah pesawat milik Arab Saudi di wilayah barat laut Sanaa.
Jet pejuang F-16 itu telah ditembak jatuh dan terhempas di kawasan Bayt Khayran dekat daerah Bani Harith.
Menurut Press TV, pesawat berkenaan dilapor melancarkan beberapa serangan udara ke atas pangkalan udara al-Dailami.

Pada 11 Mei lalu, pemberontak menembak jatuh sebuah pesawat Maghribi selepas didakwa menceroboh ruang udara Yaman di Lembah Noshour.
Dalam perkembangan berkaitan, Arab Saudi mengebom depoh senjata kumpulan pemberontak Houthi di Ghula, wilayah Omran di utara Sanaa, semalam.
Ia disusuli oleh serangan darat ke atas kemudahan penyimpanan senjata di Sanaa yang dipercayai menyebabkan kematian selain serangan ke atas pangkalan tentera di Dhabwa yang kini dikuasai puak pemberontak yang disokong Iran.

- Sinar Harian

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)