Home » , » (Video) Empat Rentung Termasuk bayi Kemalangan Di Lebuhraya Pantai Timur 2

(Video) Empat Rentung Termasuk bayi Kemalangan Di Lebuhraya Pantai Timur 2

(Video) Empat Rentung Termasuk bayi Kemalangan Di Lebuhraya Pantai Timur 2


HULU TERENGGANU – Empat orang, termasuk dua kanak-kanak, rentung manakala dua orang cedera, seorang daripadanya parah, selepas kereta dinaiki mereka terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo di kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta Ahmad Razi Harun, 53, Dayang Suhana, 23, Umar Rayyan Suhaimi, 6, dan Nur Damia Irdiha Rosailan, berusia setahun, kesemuanya berada di dalam kereta ketika kemalangan berlaku kira-kira 4.30 petang.

Sementara itu, Hafshah Wangai, 56, yang mengalami cedera parah dan Sharifah Wangai, 49, cedera ringan, berada di luar kereta ketika kejadian.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah lori kargo 16 tan tanpa muatan yang dipandu Fazly Othman, 35, dari Kuala Terengganu menuju ke Johor Baharu terbabas sebelum merempuh kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

“Pemandu kereta menghentikan kenderaannya di lorong kecemasan kerana kereta itu mengalami kerosakan sebelum tidak lama kemudian dirempuh lori terbabit dan kedua-dua kenderaan terus terbakar,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian




(Video) Empat Rentung Kemalangan Di Lebuhraya Pantai Timur 2
HULU TERENGGANU – Empat orang, termasuk dua kanak-kanak, rentung manakala dua orang cedera, seorang daripadanya parah, selepas kereta dinaiki mereka terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo di kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).Mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta Ahmad Razi Harun, 53, Dayang Suhana, 23, Umar Rayyan Suhaimi, 6, dan Nur Damia Irdiha Rosailan, berusia setahun, kesemuanya berada di dalam kereta ketika kemalangan berlaku kira-kira 4.30 petang.

VIEWER

Powered by Blogger.

Popular Posts

Promotion(Click Here)